Tuesday, April 20, 2010

NS tumbang lagi

Juara Piala FA 2010, Negeri Sembilan terus dirundung malang apabila menerima kekalahan kedua berturut-turut dalam tempoh seminggu, kali ini dibenam Perak 2-1 pada saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, semalam.

Safuan Adli Shaari menjulang semula tuan rumah dalam saingan liga musim ini, apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-10 dan ke-73, pada perlawanan yang berlangsung sengit.

Sebelum Perak meraih jaringan kemenangan, Negeri Sembilan cuba bangkit menerusi jaringan penyamaan Shahurain Abu Samah pada minit ke-52.

Namun, berbekalkan semangat aksi di tempat sendiri, Perak bukan sahaja mengekang jentera serangan Negeri Sembilan, malah menjaringkan gol kemenangan, sekali lagi menerusi Safuan, untuk memastikan tiga mata penuh skuad Seladang.

No comments:

Post a Comment