Wednesday, April 21, 2010

Gol tunggal Robben bolehkan Bayern atasi Lyon

MUNICH 22 April - Bola lencongan pemain asal Belanda, Arjen Robben pada separuh masa kedua memberikan kemenangan 1-0 buat Bayern Munich ke atas Olympique Lyon pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-juara yang menyaksikan setiap seorang pemain di perintah keluar padang.

Pada perlawanan yang penuh aksi kekerasan itu, Frank Ribery dari Bayern telah dikenakan kad merah kerana menerjah buku lali pemain depan Lyon Lisandro Lopez pada minit ke-37.

Lyon juga bermain 10 orang sembilan minit separuh masa kedua bermula selepas Jeremy Toulalan dikenakan kad kuning kedua.

Robben, yang menikmati musim pertama di Jerman dengan cemerlang hanya mampu menembusi jaring lawan pada minit ke-69 apabila sepakan dari jarak jauhnya terkena rakan sepasukan Thomas Mueller sebelum bola melencong dan gagal diselamatkan penjaga gol Hugo Lloris. - Reuters

No comments:

Post a Comment