Tuesday, April 20, 2010

Anwar hanya sokong pihak yang mahu beliau jadi PM

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya memberikan sokongan kepada pihak yang sedia menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Katanya seseorang itu akan dapat mengetahui sejauh mana Anwar boleh digelar

“pejuang kebangsaan” apabila mereka mengenali beliau dengan lebih rapat.

"Saya percaya semakin dekat orang dengan dia, semakin orang itu akan faham peribadi Anwar ini, betulkah dia pejuang kebangsaan. Sebenarnya, dia pejuang untuk jadi Perdana Menteri. Kalau ada sesiapa yang boleh sokong dia untuk jadi Perdana Menteri...dia akan sokong orang tu balik,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Multaqa Yang Dipertua Perkim bersama Guru-guru pendidikan Islam Kementerian Pelajaran dan warga Perkim di sini hari ini.

Menurut Dr Mahathir, penarikan diri beberapa orang yang rapat dengan Anwar jelas menunjukkan mereka sudah mula sedar tentang peribadi bekas timbalannya itu.

Katanya, sebelum ini, bekas Timbalan Presiden PKR Dr Chandra Muzaffar juga telah bertindak keluar parti manakala peguam yang mewakilinya dalam kes liwatnya sebelum ini Zainul Zakaria juga telah menarik diri daripada kes terbabit.

Dan terkini, doktor peribadi beliau Datuk Dr Halili Rahmat yang juga bendahari PKR Hulu Selangor semalam mengumumkan keluar parti kerana mendakwa parti itu sudah terpesong daripada perjuangannya sejak diasaskan pada tahun 1999


berita dari utusan

No comments:

Post a Comment