Saturday, January 9, 2010

Selangor raih piala sumbangsih 2010

Selangor raih piala sumbangsih

09/01/2010 11:46pm

SEREMBAN 9 Jan — Selangor membuka tirai bola sepak Liga Super musim ini dengan bergaya apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam ini.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan dan menggamatkan kira-kira 25,000 penonton selepas Idris Karim menanduk masuk bola hasil sepakan percuma ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad pada minit ke-27.

Perlawanan sumbangsih itu turut disaksikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Besar Tampin Syed Razman Syed Idrus Al Qadri, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selepas rehat, pasukan ”The Red Giant” bimbingan K. Devan bangkit memberi asakan bertalu-talu dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Safee Sali dan berselang tujuh minit kemudian, D. Surendran berjaya menyumbat gol kemenangan buat Selangor.




No comments:

Post a Comment