Monday, June 22, 2009

review pesta malam indonesia 3

konsert dimulai jam 3 ptg dengan persembahan band aku dan jinbara dari malaysia..kehadiran penonton di pesta malam ini sebanyak 10 ribu org menghangatkan lagi suasana...oleh kerana peraturan konsert yang agak ketat,maka kelihatan para penonton pmi3 kali ini agak kurang happening berbanding tahun dahulu..setiap band dari malaysia ini menyampaikan 3 atau 4 buah lagu untuk penonton pada petang itu...

Image Hosted by ImageShack.us



setelah tamat persembahan band dari malaysia...
pmi3 diteruskan dengan band padi...mereka telah menyampaikan lagu2 hits mereka dari album pertama hingga terkini ...antara lagunya ialah menanti sebuah jawaban dan begitu indah..lebih dari 10 buah lagu dinyanyikan oleh mereka..setelah itu Band ANDRA & THE BACKBONE pula tampil dipentas kira2 jam 6.30 ptg sehingga sebelum maghrib..lagu hits mereka sempurna yang dinanti-nantikan dinyanyikan bersama2 penonton yang hadir dengan begitu meriah sekali...

setelah tamat persembahan dua band itu...pmi3 berehat sebentar untuk laluan maghrib..pada jam 7.50 malam..band yang dinanti-nantikan iaitu sheila on 7 tampil dengan persembahan begitu bergaya dan mengasyikkan serta membuat penonton teruja melihat kelincahan mereka diatas pentas...antara lagu2 yg mereka persembahkan ialah itu aku,seberapa pantas,melompat lebih tinggi dan betapa..

Image Hosted by ImageShack.us



selepas itu band gigi dan dewa 19 tampil sehingga jam 12 malam dan ketika itu lah penonton sudah mulai hilang kewarasan apabila dapat melihat lebih dekat persembahan artis pujaan mereka...banyak lagu2 yang mereka bawa dan semuanya best bangat!

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

1 comment:

  1. Hye uzair.. Salam singgah.. Thanx sebab upload video pesta malam indonesia tu.. Suke ngan band the lucky laki, anak2 dhani tu.. Lagunye bukan superman peberetku.. Walaupun miming jek.. Heehee.. Maceyyy banyak erk.. =)

    ReplyDelete